Ucapan majlis penyampaian hadiah-hadiah sekolah tinggi Kajang, 25 Ogos 1972: Koperasi dan sekolah

Ungku Abdul Aziz, Ungku Abdul Hamid Ucapan majlis penyampaian hadiah-hadiah sekolah tinggi Kajang, 25 Ogos 1972: Koperasi dan sekolah. In: Majlis Penyampaian Hadiah-hadiah Sekolah Tinggi Kajang, 25 Ogos 1972, Sekolah Tinggi Kajang. (Unpublished)

[img] PDF
Majlis Penyampaian Hadiah-hadiah Sekolah Tinggi Kajang; Ungku Aziz, 25 Aug 1972.pdf - Draft Version
Restricted to Registered users only [error in script]

Download (9Mb)

Abstract

Ungku merakamkan penghargaan beliau atas jemputan untuk Hari Penyampaian Hadiah dan pensyarahan Sekolah Tinggi Kajang. Ungku memperkenalkan konsep koperasi sekolah, atau “syarikat kerjasama” kepada guru-guru dan murid-murid di sekolah ini. Dalam bidang ekonomi, politik dan sosial, manusia telah menubuhkan kesatuan atau kelab untuk membincang dengan majikan dengan lebih berkesan. Setiap orang terlibat dalam aktiviti membeli-belah. Kadang-kadang penindasan berlaku tanpa pengetahuan pembeli. Untuk menggelakkan penindasan, sekumpulan murid dan guru digalakkan untuk menubuhkan satu koperasi. Penubuhan koperasi sekolah akan menawarkan harga barangan yang paling murah. Pengalaman beroperasi dalam urusan jual-beli merupakan satu pengalaman praktikal yang sangat unik. Keuntungan yang diperolehi boleh dijadikan wang bantuan untuk aktiviti-aktiviti sekolah lain dan sebagainya. Selain daripada mengelakkan penindasan dan memperolehi pengalaman urusniaga, murid-murid juga diberi peluang untuk mempelajari cara berdemokrasi. Sekiranya murid-murid atau guru-guru berminat, Ungku akan menghantar wakil koperasi untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang faedah dan keperluan untuk mendirikan koperasi sekolah. Beliau memberi jaminan bahawa sekolah dan murid-murid akan bermanfaat daripada penubuhan koperasi ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Speech)
Uncontrolled Keywords: Koperasi sekolah; Pengurusan perniagaan; Pengurusan kewangan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: University of Malaya Library > Ungku A. Aziz Collection
Depositing User: Ms Goh Yee Fang
Date Deposited: 26 Jul 2019 03:19
Last Modified: 26 Jul 2019 03:19
URI: http://commonrepo.um.edu.my/id/eprint/12427

Actions (For repository staff only : Login required)

View Item View Item