Seniman harus objektif dan realistik

Ungku Abdul Aziz, Ungku Abdul Hamid (1969) Seniman harus objektif dan realistik. Dewan Masyarakat.

[img] PDF
Seniman Harus Objektif dan Realistik, Ungku Aziz; Dec 1969; Dewan Masyarakat.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only [error in script]

Download (4Mb)

Abstract

Selepas tercetusnya tragedy 13 Mei 1963, banyak perkara telah berubah. Perhubungan-perhubungan di antara social, ekonomi dan politik telah berubah dan sedang berubah. Apakah telah berlaku kepada bidang seni dan para seniman Malaysia? Seniman-seniman nasional nampaknya lebih berminat untuk mengikut aliran seni barat daripada memupuk minat seni traditional kita. Mereke seolah-olah tidak perasan bahawa seni boleh memupuk semangat perpaduan, bertimbang rasa and suasana harmoni antara kaum. Semangat memupuk jiwa seni tanpa-seni atau seni yang anti-seni tidak sesuai untuk seni tempatan. Malaysia belum mencapai pembangunan industrian yang semara negara barat. Oleh itu, kita kena melihat dunia dengan cara yang lebih objektif dan realistik dan tidak sekadar leka dalam seni yang tidak sesuai untuk seni tempatan. Nada dan kemajuan sesebuah negara mesti dipengaruhi oleh pihak berkuasa. Pembinaan sebuah balai seni negara adalah amat dialu-alukan. Kerajaan harus membentuk dan memupuk seni-budaya yang lebih dinamik. Dengan dasar seni-budaya yang sempurna, walaupun tanpa balai seni, kita masih boleh melahirkan seni yang boleh menjadi sumber ilham bagi rakyat umum. Alat-alat perhubungan seperti televisyen dan radio harus memainkan lagu tempatan daripada lagu-lagu pop dari negara barat. Dengan usaha dari semua pihak termasuk kerajaan dan para seniman, bersama-samalah kita berusaha memikul tanggung jawab masing-masing demi membina negara yang aman and makmur dalam masa akan datang.

Item Type: Other
Uncontrolled Keywords: Seniman; Karya lukisan; Seni kebudayaan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
N Fine Arts > NX Arts in general
Divisions: University of Malaya Library > Ungku A. Aziz Collection
Depositing User: Ms Goh Yee Fang
Date Deposited: 29 Jul 2019 01:41
Last Modified: 29 Jul 2019 01:41
URI: http://commonrepo.um.edu.my/id/eprint/12408

Actions (For repository staff only : Login required)

View Item View Item