Siti Hamin , Stapa and Hieda, Natsue and Normalis , Amzah and Talaibek, Musaev (2013) Malaysia my second home: lsu bahasa dalam kalangan peserta Jepun. Journal of Language Studies, 13 (1). pp. 185-201. (Unpublished)
|
PDF
malaysia my second home.pdf [error in script] Download (3307Kb) | Preview |
Abstract
Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan isu bahasa dalam kalangan peserta warga Jepun yang menyertai program Malaysia My Second Home (MM2H). Metodologi kajian yang diguna pakai adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Data kajian diperolehi melalui kaedah soal selidik, diskusi kumpulan serta temu ramah individu. Seramai 100 orang peserta rakyat Jepun dipilih untuk mengisi borang soal selidik. Manakala lima orang peserta telah ditemu bual secara berkumpulan. Untuk temu bual individu pula dua orang rakyat Jepun telah dipilih. Hasil kajian menunjukkan bahawa peserta rakyat Jepun yang terlibat di dalam program MM2H memilih Malaysia kerana 'harga barang murah' dan 'cuaca yang sesuai'. Hasil kajian mengenai isu penggunaan bahasa menunjukkan bahasa pilihan rakyat Jepun untuk berinteraksi di Malaysia lebih berpihak kepada bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa rasmi negara ini, iaitu bahasa Melayu. Ini adalah kerana mereka mempunyai lebih banyak pengalaman mempelajari bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa Melayu. Tanpa interaksi yang mencukupi dengan orang tempatan menyebabkan tahap penguasaan kedua-dua bahasa mereka masih di peringkat asas. Walaupun begitu mereka boleh meneruskan kehidupan mereka di Malaysia disebabkan persekitaran yang menyediakan perkhidmatan kepada mereka dalam bahasa Jepun. Namun mereka berpendapat terdapat keperluan untuk mereka meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Keinginan mempelajari bahasa-bahasa tersebut mencermink:an sikap mereka yang mengharapkan agar kehidupan mereka lebih mudah dan dapat menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan masyarakat tempatan pada masa hadapan.
Item Type: | Article |
---|---|
Additional Information: | Universiti Malaya & Universiti Kebangsaan |
Uncontrolled Keywords: | Malaysia my second home; Peserta Jepun; Penguasaan bahasa; |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | University of Malaya |
Depositing User: | Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman |
Date Deposited: | 23 May 2023 08:27 |
Last Modified: | 23 May 2023 08:27 |
URI: | http://commonrepo.um.edu.my/id/eprint/13500 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |