Pembudayaan muzium, pelestarian warisan dan pembinaan bangsa

Othman , Yatim (2005) Pembudayaan muzium, pelestarian warisan dan pembinaan bangsa. University of Malaya, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Syarahan Perdana Profesor Dr Othman Yatim.pdf [error in script]

Download (22Mb) | Preview

Abstract

Dalam pengertian sejagatnya muzium adalah satu institusi bertujuan untuk mengumpul, memelihara, mempamer, menyelidik, mendidik dan mentafsirwarisan manusia dan alam persekitarannya. Pembudayaan muzium secara literal bermakna usaha-usaha yang perlu dilakukan dalam meningkatkan lagi peranan muzium, khususnya memasyarakatkan koleksinya melalui pentafsiran baru berdasarkan bahasa dan makna tekstual yang ada pada artifaknya. Sesungguhnya kewujudan warisan budaya Malaysia telah melalui satu proses sejarah yang panjang bertunjangkan imej arus perdana yang nasional sifatnya. la telah menjadi milik bersama dan tentunya boleh mewujudkan rasa kesepunyaan atau perasaan sense of belonging. Secara umum warisan itu boleh dibahagikan kepda dua: warisan tangible dan warisan intangible. Makna lain bagi kedua-dua warisan itu ialah warisan berbentuk nyata, rupa atau artifak (tangible) manakala intangible pula adalah warisan yang tidak nyata atau nampak seperti bahasa, sastera, kepercayaan, adat resam dan sebagainya. Sementara itu makna lain bagi perkataan pelestarian (lestari) ialah pemeliharaan, khususnya untuk kedua-dua jenis warisan itu. Muzium sepatutnya memelihara kedua-dua jenis warisan itu kerana ia merupakan dua unsur yang saling melengkapi. Lantaran warisan budaya itu menjadi milik bersama, tugas pelestariannya bukan sahaja terletak di bahu institusi permuziuman, malah sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama semua anggota masyarakat, mengingat secara tersirat manfaat langsung darinya atas nama potensi baru industri pelancongan. Pada masa yang sama ia merupakan usaha untuk membetulkan landasan sejarah Negara dengan memecahkan legasi sejarah politik penjajah lampau yang terangkum dan diamalkan dalam dasar pecah dan perintahnya dan pengasingan warganegara mengikut profesi dan lokasi dengan mentafsir makna-makna tersiratnya agar ia boleh membantu dalam proses pembinaan bangsa. Syarahan ini cuba mengaitkan peranan muzium (dalam konteks globalisasi dan era ICT) sebagai institusi pelestarian warisan dan menterjemahkannya serta menggunakannya sebagai salah satu wahana yang boleh membantu bukan sahaja dalam mengekalkan wajah budaya dan citra bangsa malah ia merupakan satu wadah terpenting dalam pembinaan bangsa, selaras dengan cita-cita Negara untuk melahirkan satu bangsa Malaysia yang dinamik dan bersatu padu seperti yang dipiagamkan dalam wawasan 2020.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Muzium; Warisan; Bangsa
Subjects: A General Works > AM Museums (General). Collectors and collecting (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: University of Malaya > Inaugural Lecture/Syarahan Perdana
Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
Date Deposited: 27 Jun 2022 03:30
Last Modified: 27 Jun 2022 03:30
URI: http://commonrepo.um.edu.my/id/eprint/12812

Actions (For repository staff only : Login required)

View Item View Item