Ungku Abdul Aziz, Ungku Abdul Hamid Kata Pengantar - Mahasiswa Mencharbar. Mahasiswa Mencharbar. (Unpublished)
|
PDF
Kata Pengantar - Mahasiswa Menchabar.pdf - Submitted Version [error in script] Download (7Mb) | Preview |
Abstract
Mahasiswa Mencharbar merupakan satu catatan oleh Mohammad Abu Bakar mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku dari pertengahan tahun enam puluhan sehingga September 1971. Beliau memberi sedikit sebanyak latar belakang yang perlu diketahui untuk analisisnya yang berasaskan aliran yang telah meresap ke seluruh zaman lepas. Buku ini mencerminkan kegiatan mahasiswa di lapangan politik. Akan tetapi, Ungku tidak mengkritik atau memberi pandangan beliau tentang butir-butir yang dipamerkan dalam buku ini. Selaku Naib Canselor, Ungku sangat insaf akan perjuangan mahasiswa. Selepas perundingan demi perundingan, Ungku selalu berusaha mencari punca untuk mendapatkan gambaran sebenar seluruh pergerakan. Beliau mendapati bahawa kebanyakan punca pergerakan adalah berasal dari pembahagian pendapatan yang kian tidak seimbang antara kawasan bandar dan kawasan desa. Mengikut teori Ungku, kemiskinan selalu berlaku akibat kadar pengeluaran yang rendah, penindasan dan pembangunan kampung yang terbiar. Petani di kawasan desa terpaksa membayar sewa tanah atau bunga pokok yang tinggi kepada kapitalis untuk mendapatkan pinjaman. Petani memerlukan modal untuk mendapatkan benih dan baja yang baik untuk meningkatkan hasil pengeluaran. Selagi penindasan di kawasan desa tidak dihapuskan, kadar pengeluaran di kawasan desa adalah sukar ditingkatkan. Kerajaan tidak mementingkan pembangunan di desa. Sistem pendidikan yang tidak sempurna di kawasan desa sukar menghasilkan murid-murid yang bermutu kalau dibandingkan dengan murid-murid di kawasan bandar. Ketidakpuasan dari segi fizikal dan kewangan serta kesulitan dalam akademi selalu menjadi faktor asas yang mendesak golongan murid ini untuk giat mencabar. Kebanyakan perjuangan mempamerkan masalah pokok masyarakat dan negara Malaysia. Mahasiswa-mahasiswa ini bukan sahaja berhak bersuara tetapi juga wajib memberi teguran untuk membetulkan keadaan semasa. Pemimpin-pemimpin harus cekap menilai permintaan atau kehendak dalam perjuangan mahasiswa. Oleh yang demikian, Ungku berpendapat bahawa bukan sahaja kehidupan mahasiswa selalu mencabar tetapi sebagai seorang Naib Canselor, hidupnya juga penuh dengan cabaran dari semua pihak.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Perjuangan; Pergerakan; Punca kemiskinan; Sistem pendidikan; Cabaran; Desa |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform L Education > L Education (General) L Education > LA History of education |
Divisions: | University of Malaya Library > Ungku A. Aziz Collection |
Depositing User: | Ms Goh Yee Fang |
Date Deposited: | 18 Jul 2019 03:33 |
Last Modified: | 18 Jul 2019 03:33 |
URI: | http://commonrepo.um.edu.my/id/eprint/12490 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |