Zahir dan Batin Ekonomi Melayu

Ungku Abdul Aziz, Ungku Abdul Hamid Zahir dan Batin Ekonomi Melayu. University Malaya.

[img] PDF
Zahir dan Batin Ekonomi Melayu.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only [error in script]

Download (13Mb)

Abstract

Ekonomi Melayu ialah ekonomi kampung yang berdasarkan pertanian dan perikanan. Segolongan besar orang Melayu bergantung hidup kepada pertanian dan perikanan yang berpendapatan kecil. Justeru ini menunjukkan keseluruhan bangsa Melayu hidup dalam kemiskinan. Terdapat tiga punca kemiskinan, hasil usaha yang tidak memuaskan, penindasan dan keadaan kampung yang terbiar oleh kerajaan. Hasil usaha yang diperolehi oleh petani tempatan adalah sangat sedikit kalau dibandingkan dengan petani dari luar negara Kekurangan perkakas, baja dan benih yang baik mengakibatkan hasil petani tempatan hanya sepuluh peratus daripada hasil petani Amerika. Penindasan dari pekedai yang mempunyai status monopoli, sewa tanah tinggi dan tidak tertentu, duit kopi dan penindasan gaji menyebabkan petani tidak dapat menarik diri daripada hutang yang asyik meningkat. Selain penindasan, kerajaan tidak mengambil berat tentang perkembangan di kawasan kampung. Kerajaan membiarkan orang Melayu tanpa mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi kesulitan mendapatkan peluang pendidikan dan akses kepada kemudahan awam. Beberapa cara dicadangkan untuk melahirkan satu golongan Melayu yang berkelas pertengahan. Akan tetapi, cara-cara ini gagal dan melahirkan segolongan Ali-Baba yang menyewa nama atau permit bumiputera mereka. Ungku mengesyorkan petani supaya menanam tanaman yang akan mendatangkan pendapatan yang tinggi. Selain itu, kerajaan juga harus memberi bantuan kewangan supaya petani-petani mempunyai modal yang mencukupi untuk memperluaskan tanah di samping mendapatkan perkakas dan benih yang lebih baik untuk menambah hasil usaha mereka. Kerajaan juga harus menetapkan dan melaksanakan undang-undang untuk melindungi petani-petani dari penindasan. Dalam sistem dekmokrasi hari ini, rakyat Malaysia berhak dan harus membetulkan sikap kerajaan yang selama ini hanya menumpukan perbelanjaan kepada kawasan-kawasan bandar sahaja. Ungku tidak berniat membincangkan perkara-perkara halus tentang perkembangan kampung mahupun pelbagai undang-undang atau dasar yang dijalankan oleh kerajaan. Beliau hanya ingin menunjukkan perkara pokok yang menzahirkan hal keadaan dan bagaimana masalah-masalah ini menjadi sebahagian daripada masalah ekonomi kampung keseluruhannya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Ekonomi Melayu; Sosio-ekonomi; Kadar kemiskinan; Masalah ekonomi
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: University of Malaya Library > Ungku A. Aziz Collection
Depositing User: Ms Goh Yee Fang
Date Deposited: 19 Jul 2019 07:39
Last Modified: 19 Jul 2019 07:39
URI: http://commonrepo.um.edu.my/id/eprint/12483

Actions (For repository staff only : Login required)

View Item View Item